Assalamualiakum….
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...
Entri kali ini sedikit berlainan…2nd March 2012, hari Norlie menerima email dari seorang ibu bernama Diana…sangat-sangat menginginkkan HB yang Norlie buat untuk dijadikan props photoshoot anak beliau Dian Natrah…
Sebenarnya Norlie terlepas pandang the email and just read in glance…I did not read further cause I’m using mobile on that day…what I know she want the HB for photo shoot, than ….balik rumah around 8pm read through again the email…MasyaAllah!! I just realize that I did not read the important things.
She want to use is on the next day which is in Saturday (3rd March 2012)…. Here her email
“Assalam.sya Diana.sya da lama minat craf akak.tp xsempat nk tempah dr akak.sbb da 6bulan ni duk wad je.anak sye brain cancer stge 4.so skrg kt uma igt sok nk amic pic outdoor semntara dia kuat lg then nk amikla pic yg cantik2 n sye berkenan gle ngn bunga tgn akak yg button tu igt leh sambil2 utk bgambo…………..”
Emailnya ringkas, nampak seperti tidak ada apa2 yang berlaku, tetapi saya rasa saya tahu apa yang Diana rasakan di sudut hatinya..
Kemudian Norlie cepat2 cari profile FB Diana, Ya Allah! so cute Dian Natrah…Norlie hilang kata-kata…the words “sementara dia kuat” sangat-sangat meruntun hati ….dan malam itu satu hadiah istimewa dari saya untuk Dian Natrah…moga dia cepat sempuh, dipermudahkan urusan…Norlie tak dapat sumbangkan sesuatu yang besar....harap bunga kecil hasil tangan Auntie Norlie buat Ibu Dian happy ya?
Doa saya dan rakan-rakan moga Dian kembali seperti sediakala, tidak perlu lagi segala tiup yang menyakitkan itu… jika Dian pandai berkata-kata apa ya yang Dian katakan..?
Sewaktu menulis entry ini merah mata menahan sebak, perasaan bercampur baur, jemari juga sedikit menggeletar terasa sejuk....Norlie tak tahan merenung lama wajah comel Dian…memang kami tidak pernah berjumpa…tetapi Norlie rasa cukup dekat dengan dengan Dian..mungkin naluri ibu…Rindu pada anak-anak di taska...rindu Ridwana rindu Rizqin…mampukah aku menjadi sekuat Diana..sekuat rakan-rakan yang mempunya masalah yang sama (walau berbeza sedikit ujiannya…)
Big Hug pada Kak Olie dan Norhidawati untuk anak istimewa mereka, pada KC yang cukup tabah sebagai ibu (kiss for Mia)…Big hug pada Intan Nur Azila sewaktu melalui hari sukar Hadif begitu juga pada Siti Ruzaimah melalui saat cemas Aisyah, hug pada Nazura sewaktu kehilangan bidadari kecilnyanya sebelum dilahirkan kedunia..Teringat juga arwah kakak ipar yang menghadapi canser sewaktu mengadungkan sepupu Ridwana, pergi sewaktu Nurin berumur 11 bulan (pada waktu itu Norlie berulang-alik di hospital Klang menemankan arwah...betapa kuatnya dia melalui saat-saat menunggu kelahiran dan bertekat untuk meneruskan kandungannya...) Oh...kuatnya mereka....
Dian 1 Year Old
Phtoto by Diana, edited by Zam
Norlie tertarik dengan satu komen yang ditujukan kepada Diana di dalam FBnya daripada Rashdah Sukiman, bagi saya nasihat ini bukan untuk Diana sahaja but to all of us.....
"Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.
Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik! "
Quote Diana pada Wall FBnya benar-benar menyentuh naluri keibuan Norlie...
... nasihat dari seseorg yg arif, bahawa doa kite adalah yg terbaik buat pesakit...mendoakan agar dia pulih sediakala sedangkan keadaannye sgt uzur dan nazak..adalah sgt tidak berbaloi kerana yg terbaik adalah mendoakan agar Allah mengampunkan segala dosa2nya, memudahkan segala urusannya, dan kita redhakan segala yg telah Allah takdirkan yg terbaik buatnye...
"Dian...mak halal kan semua susu ini selama mana Dian perlukan... " pesan mak saya agar saya ucapkan setiapkali lps bf..walaupon sayu nk buat cmtu tapi saya perlu kuat!
sedih melor baca
ReplyDeletebesarnya ujian Allah pada keluarga ini...moga dorang tabah..dan saya asik mengeluh kerna belum di kurniakan zuriat setelah hampir 4thn menanti sedangkan di luar sana ada org yg lg besar ujiannya dr sy...astagfirullah...
ReplyDeleteComel dian ni ....moga tabah...
ReplyDeletemasya'allah..b'linangan air mata baca kisah ni.semoga ibu n ayah dian tabah menghadapi ujian dariNya...
ReplyDeletesemoga mak dian tabah mghadapi dugaan sebegini.
ReplyDeletep/s:saya tau blog akak dari majalah pengantin april 2012.
comei nya la si kecil nih...i'allah tuhan akan permudahkan ibunya untuk segala2...
ReplyDeleteMasyaallah..hebatnya ujian yg dia hadapi.Moga ibunya sentiasa tabah dan redha. Comel Dian..
ReplyDeleteAlFatihah bidadari syurga
ReplyDeletenolie,pinjam entry ni n gamabr ni,..nak tepek kat blog saya...
ReplyDeletesalam wanie, i prefer you ask Diana permission...
ReplyDeletei dah ask her dia kata ok, but not sure if other blogger..
her fb "Diana Nd"
comelnya adik nih.. moga ibu bapa dia tabah terima ujian Allah.
ReplyDeletecomey sgt bby girl nie.........keep going sis!!!!
ReplyDeleterasa nak nangis lak tgok Dian cmtu.hmmm...apa khabar agaknya dian skrg??hrp dian sihat..
ReplyDeleteDian dah x ada Suraya... :(
ReplyDeletetersentuh naluri ibu baca entri nie...mengalir airmata seorang ibu...syurga tempatnya...
ReplyDelete