Thursday, September 20, 2012

Kraftangan Felt | Felt Class : Bunga Ceria di Jogathon SKTD 2012




Assalamualaikum..

Dunia pendidikan pelajar kini bukan hanya menuntut kepada pencapaian akademik semata-mata tetapi menuntut generasi yang kreatif dan inovasi. Saya mengakui kebenaran itu.. Saya kongsikan beberapa informasi yang boleh kita jadikan panduan sebagai ibu-bapa.

Perkembangan Motor Halus dan kasar Kanak-kanak 
Sumber: http://www.scribd.com/doc/12898166/Perkembangan-Motor-Halus-dan-kasar-Kanakkanak

Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003), pertumbuhan dan perkembangan murid yang sihat, selamat dan ceria dapat memupuk keyakinan dan membentuk personaliti yang positif. 

Kemahiran motor pada amnya melibatkan hubungan antara otak,sistem saraf dan otot yang kerja secara bersama. Oleh itu, penguasaan kemahiran motor sama ada motor halus, kasar dan manipulatif ini amat penting dalam pergerakan asas untuk membolehkan murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan aktiviti pembelajaran denganpenuh yakin. 

Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jaritangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dankoordinasinya dengan mata.

Ini kali kedua saya menjalankan aktiviti Kraft bersama kanak-kanak dengan Kit Bunga Ceria.. Sebelum ini di Tropicana City Mall yang diajurkan bersama-sama Kumpulan The Star / Parenthots.. Feedback yang memberangsangkan dari mereka..(mestilah masuk paper kan...hheheh)

Kali ini kami bersama pihak SKTD (Sekolah Kebangsaan Taman Desaminium)

Kit Bunga Ceria membantu kanak-kanak menajamkan kemahiran motor halus:

1. Menggunting
2. Menekap
3. Memintal
4. Menghias

Saya wakil daripada  Sekolah Kebangsaan Taman Desaminium menjemput anda beramai-ramai datang ke majlis kami...

Sebarang pertanyaan untuk pendaftaran boleh hubungi:
Puan Hasanah di talian : 012-2403224


Kit Bunga Ceria yang bakal berada di tangan peserta

The cute girl with the cute flowers!

0 comments:

Post a Comment