Friday, October 5, 2012

Harian Metro 4th October 2012



Assalamualaikum..

So much has been happening with Sekoci recently ya? Alhamdulilah...Yesterday, 4th october 2012 Sekoci has been featured for 2nd time in Harian Metro. The feature was so well written, to read more, you may visit : http://www.hmetro.com.my/articles/Keunikanbungatangan/Article/.

1 page yoooww!! TQ TQ...

We have also been working on lots of new designs. One of the most recent item is Bella..I really love it...Why Bella? hahah because the first customer request for it name is Bella..and the bouquet is for her graduation day..Thank you Bella, if you did not request for it, might be Bella is not in the code list ...hehehehee


Seriously I did not aspect that this article been come out, until one cust email me and  ask to do bouquet same as in the paper... during that time I "melonggo" ha? paper? which paper? hahaahah kejutan seyyy!.. because during the interview session with HarianMetro, they only asked me to do DIY Step for table coffee...but Yes we did borak-borak about the hand-bouquet too..but as journalism I did not notice when Sis Siti jot down the information ..I bebel bebel sambil makan makan makan..hahha ... (well paruh burung memang begitu cannot diam) same goes to Sis Bennie from Berita Harian before..we makan-makan makan..I don't know when they jot down the info... mmg like that ya journalism?  Huhu tererrlahh!! feel so comfortable and not nervous at all....talk-talk like we are closed friend already..

Again..Thanks a lot to Sis Siti Zarinah from Harian Metro... (psssttt during the interview session she is pregy, opss lupa haritu dia bilang anak ke berapa) btw congratulation Sis for you new baby...Alhamdulilah selamat melahirkan..

InsyaAllah jika diberikan keizinan olehNya...more and more creation will be made next.. 

Thank you everybody for your support..without you who is Sekoci :). Okay below is the full article..happy reading and happy crafting... xoxo

Keunikan bunga tangan

Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
DALAM adat perkahwinan Inggeris, kebanyakan mereka percaya jika wanita bujang menangkap bunga tangan yang dicampak pengantin perempuan, mereka bakal mendirikan rumah tangga selepas itu. Begitu sinonimnya bunga tangan dalam perkahwinan tanpa mengira warna kulit, bangsa atau agama, jambangan ini menjadi kemestian dan pelengkap penampilan ketika bergelar raja sehari.

Selain menaikkan seri pengantin, genggaman erat jambangan bunga mampu mengurangkan rasa gugup ketika di hadapan tetamu.

Daripada bunga tangan tiruan berasaskan plastik, getah dan kain, kemudian beralih kepada gaya bunga segar, kini hasil kreativiti penggubah semakin meningkat dengan tercipta pelbagai jenis bunga genggam berasaskan campuran fabrik felt, denim, kapas, sifon dan butang.

Menurut penggubah bunga tangan, Norliza Samingon, 33, idea menghasilkan bunga tangan menggunakan pelbagai fabrik dan butang ini bermula selepas menyedari keinginan mempelai inginkan sesuatu yang berbeza. Dia yang sebelum ini menjalankan perniagaan dalam talian menjual rantai kunci, pelekat bermagnet peti sejuk, aksesori rambut dan pakaian daripada felt teruja mencari kelainan dengan mengha—silkan bunga tangan.

“Flanel atau felt adalah sejenis fabrik diperbuat daripada serat wol tanpa ditenun. Proses pembuatan kain felt menerusi proses pemanasan dan pengewapan sehingga menghasilkan pelbagai jenis felt, bergantung kepada campuran bahan pembuatnya. Felt ialah sejenis kain tertua dalam sejarah manusia, lebih tua daripada kain tenun,” katanya.

Memandangkan kain felt sukar didapati di pasaran Malaysia, Norliza mendapatkannya menerusi Internet, tetapi kini sudah ramai peniaga menjualnya. Harga untuk satu meter dianggarkan di antara RM16 hingga RM20, bergantung kepada kualiti.

“Lebih mahal kain, lebih cantik barang dihasilkan dan tahan lebih lama, tetapi ketelitian dalam jahitan menjadi asas penting jika ingin mengambil tempahan,” katanya.

Oleh kerana sudah ramai individu menghasilkan kraf tangan berasaskan felt, Norliza mula beralih kepada penghasilan bunga tangan menggunakan campuran fabrik dan butang. Mula memperkenalkan�nya menerusi blog, ternyata ia membuahkan hasil kerana ramai meminatinya dan memberikan maklum balas positif.

“Ini kerana bunga tangan ini bukan saja menjadi trend kepada pasangan yang ingin melangsungkan pertunangan atau perkahwinan, tetapi ramai di kalangan pelanggan gemar menjadikannya hiasan untuk penggambaran sebelum perkahwinan. Malah ada juga yang meminta saya menghasilkannya untuk majlis konvokesyen atau pemberian kepada rakan,” jelasnya yang bertugas sebagai perunding teknologi di sebuah syarikat swasta.

Norliza memberitahu, idea menghasilkan bunga tangan datang daripada pelbagai sumber, termasuk Internet, buku dan pemerhatian terhadap alam sekeliling. Kemudian, dia memikirkan jenis fabrik serta gabungan warna pada bunga diinginkan. Ada juga pelanggan yang memberikan idea mereka sendiri.

“Saya percaya apa saja yang ada di sekeliling boleh dijadikan ilham jika kita bijak menggunakan kreativiti. Selalunya lakaran dibuat di kertas kemudian dipindahkan ke fabrik. Adakalanya tempahan diinginkan pelanggan agak sukar dan saya mengambil masa berhari-hari menyiapkannya.

“Sebab itu saya meminta pelanggan membuat tempahan awal bagi mengelak bunga tangan disiapkan pada saat-saat akhir,” ujarnya yang memilih fabrik berwarna terang kerana lebih cantik dan menarik di dalam gambar.

Bagi mereka yang ingin membuat tempahan bunga tangan, boleh melayari laman sesawang http://sekocinorlie.blogspot.com.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/03






0 comments:

Post a Comment