Sunday, June 23, 2013

Friday, June 21, 2013

Featured : KOSMO 21st Jun2 2013



SAAT melangkah masuk ke Sekoci's Craft House di Taman Kencana Indah, Seksyen 30, Shah Alam, Selangor hasil kraf memenuhi segenap ruang.
Jika ruang tamunya dipenuhi bunga felt pelbagai warna, raknya pula disusun kemas dengan kain felt dan bunga tangan.
"Tempat ini merupakan lokasi khas untuk saya melakukan aktiviti kraf yang ditempah pelanggan.
"Pada waktu cuti, saya akan berada di sini seharian bagi menyiapkan tempahan kraf tangan terutamanya bunga tangan selain aksesori yang lain," kata pemilik premis tersebut, Norliza Samingon, 34.
Ibu kepada Ridwana Rif'iah Rafiq, 9, dan Muhammad Rizqin Rafiq, 4, itu mengakui dia bukanlah seorang yang mahir menjahit. Menurut Norliza, minatnya terhadap seni kraf felt berputik pada empat tahun lalu ketika hamil anak kedua.
Pada masa itu, Norliza sibuk mencari buku bayi yang bagus dan berkualiti dikenali sebagai buku busuk.
Norliza mendapati buku-buku bayi di pasaran agak mahal iaitu sekitar RM80 hingga RM85 sebuah. Bahkan, dia tidak menafikan untuk mencari buku tempahan khas juga agak sukar namun dia tetap mahukan sesuatu yang istimewa untuk permata hatinya itu.
"Saya mencari-cari di internet mengenai produk terkini dalam pasaran dan kemudian terjumpa tutorial secara talian yang menunjukkan cara-cara menjahit buku bayi. Ia memberikan idea kepada saya," jelasnya.
Selepas bersalin dan melakukan pemeriksaan kesihatan bulanan untuk bayi, Norliza membawa muka surat buku yang belum siap untuk dijahit. Sementara menunggu giliran, Norliza mengisi masa dengan menghabiskan jahitan tersebut.
Tanpa disangka-sangka, 'aktiviti'nya itu mendapat perhatian daripada ibu bapa lain, lalu dia mula mendapat tempahan
Memandangkan tidak mempunyai mesin jahit dan melakukannya secara sendirian, Norliza tidak mampu memenuhi permintaan yang banyak.
Kewujudan buku bayi tersebut yang semakin meluas di pasaran membuatkan jurutera rangkaian ini mahu tampil dengan sesuatu yang berbeza.
Sejak itu, Norliza semakin ligat membuat aksesori kanak-kanak seperti klip rambut, cekak rambut, rantai kunci, signage dan terkini ialah jambangan bunga tangan.
KAIN felt pelbagai warna yang digunakan untuk menghasilkan barangan kraf.


Fenomena felt
Pada bulan Mac 2011, dia mula berjinak-jinak menghasilkan bunga tangan felt. Namun, rezeki kurang menyebelahi kerana produk tersebut gagal dijual selama enam bulan.
"Kemudian, saya buat sesi fotografi bersama teman-teman di Taman Tasik Shah Alam, ambil gambar sendiri dan ketika itu ramai yang melihat apa yang kami lakukan," ceritanya mengimbas detik awal bertatih dalam bidang kraf felt.
Sungguhpun dia menjual bunga tangan felt pada harga yang lebih rendah daripada harga kos iaitu RM50, tiada sesiapa pun yang mahu membelinya.
Rasa kecewa yang terbuku di hatinya terubat selepas seorang pelanggan yang juga blogger memuat naik foto bunga tangan ciptaannya.
Kini di Malaysia, bunga tangan sudah menjadi satu fenomena. Masing-masing mahukan bunga tangan sendiri dan tidak mahu menyewa daripada butik pengantin.
"Bunga tangan ini mula mendapat perhatian ramai sekitar pertengahan tahun 2011.
"Saya sendiri mendapat inspirasi dan idea-idea menghasilkan bunga tangan ini dari luar negara," katanya yang melakukan promosi pengenalan bunga tangan di bazar-bazar, blog dan laman sosial Facebook.
Mereka yang mahukan bunga tangan felt Norliza perlu menempahnya sebulan lebih awal. Dibantu oleh tiga orang pembantu yang terdiri dalam kalangan suri rumah, Norliza mampu membuat 20 set bunga tangan dalam tempoh sebulan.
Dijual pada harga antara RM80 hingga RM180 sejambak, Norliza biasanya akan berbincang dengan pelanggan khususnya bakal pengantin bagi menghasilkan bunga tangan mengikut bajet.
Tempahan dari luar negara
"Tempahan tidak bertumpu di dalam negara sahaja kerana saya turut menerima tempahan dari negara seperti Brunei, Singapura, Indonesia dan Eropah.
"Namun, atas masalah kos penghantaran yang tinggi, pelanggan dari Indonesia dan Eropah membatalkan tempahan kerana harga penghantaran lebih tinggi daripada nilai barangan," ujarnya yang mendapatkan material dari China dan Thailand.
Bermula dengan modal sebanyak RM250, kini Norliza menghabiskan antara RM1,500 hingga RM2,000 membeli kain felt untuk stok selama dua bulan.
Walaupun membuat banyak aksesori lain menggunakan felt, 80 peratus daripada tempahan yang diterima adalah bunga tangan untuk perkahwinan, pertunangan dan sambutan ulang tahun.
MINAT terhadap seni kraf felt membuatkan Norliza belajar menjahit.


Selain memenuhi tempahan pelanggan, Norliza mengadakan kelas kraf jika ada permintaan.
"Kelas kraf yang diadakan bukan untuk orang dewasa sahaja, malah bagi kanak-kanak.
"Kelas kraf kanak-kanak terbuka kepada mereka yang berumur dari lima hingga 12 tahun. Kelas dewasa pula untuk mereka yang berusia 15 tahun ke atas," katanya yang pernah mendapat pendapatan sebanyak RM3,000 sebulan.
Norliza juga menerima tempahan membuat signage yang dijual antara RM15 hingga RM40 berdasarkan bilangan huruf yang digunakan.
Tidak mahu selesa dengan produk yang sedia ada, kini Norliza berjinak-jinak menghasilkan bantal cincin yang digunakan untuk meletakkan cincin pertunangan atau cincin pernikahan. Pada masa yang sama dia juga merancang membuat bantal hadiah.
"Nampak senang untuk buat kraf felt ini tetapi cabarannya terletak pada pencarian idea dan kita perlu sentiasa kreatif bagi menghasilkan sesuatu yang baharu.
"Saya tidak akan pernah puas dengan apa yang saya lakukan dan bercadang untuk tampil dengan buku Do It Yourself (DIY) sendiri untuk kanak-kanak dan dewasa yang kini masih dalam proses untuk dihasilkan," ujar Norliza sambil memberitahu, anak lelakinya sudah pandai menjahit kraf daripada felt.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0621&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm#ixzz2bA4BgNiK 
Hakcipta terpelihara 







Thursday, June 20, 2013

Monday, June 17, 2013

Baby Muazzah

Assalamaulaikum......
Alhamdulillah bersua lagi kita... harini hati saya berbunga riang...Sekeping gambar dikirimkan oleh Puan Maria dari UPM... did you remember baby comel yang pernah menjadi ikon pada Sekoci's Headband di semua Lunatots Branch... ya sekarang dah besar adik ni...dan gambar  Baby Muazzah masih disana :)

See? Comel sangat-sangat.... TERIMA KASIH Puan Mariatulqabtiah Abdul Razak kerana  Baby Muazzah menjadi penyeri di setiap POS (point of sales) di semua Luna :) Terima kasih juga kerana menyokong koleksi kami... 

Big hug for Baby Muazzatulqudsiyyah (cantik namanya secantik orangnya)... 




Tuesday, June 11, 2013

Flower Bridal Bouquet || Kilauan Cinta


For Fan Aris || Code : Kilauan Cinta
Color : Mix
Material : Satin 
Felt Flower Hand Bouquet / Bridal Bouquet


If interested to order, please provide below information and email to sekocinorlie@gmail.com:

Full Name:
Contact#: 
Email ID:
Delivery Address:
Type of HB you are interested with: Kilauna Cinta
Flower Color:
Material (Felt/Ribbon/Chiffon/Cotton etc): Satin
Handle Color:
Due Date HB should received:
Price: RM120 - RM180 (price might be change based on material use)
Postage RM15

*Felt Handbouquet
*DIY Handbouquet

Saturday, June 1, 2013

Felt Flower Bridal Bouquet || Mekar Setaman Ver3


For Izziati || Code : Mekar Setaman Ver3
Color : Red + Cream
Material : Acrylic Felt
Felt Flower Hand Bouquet / Bridal Bouquet


If interested to order, please provide below information and email to sekocinorlie@gmail.com:


Full Name:
Contact#: 
Email ID:
Delivery Address:
Type of HB you are interested with: Mekar Setaman Ver3
Flower Color:
Material (Felt/Ribbon/Chiffon/Cotton etc): Felt
Handle Color:
Due Date HB should received:
Price from: RM95 ( (price might be change based on material)
Postage RM15


*Felt Handbouquet
*DIY Handbouquet